wahai wanita jadilah seperti Pohon Semalu : )
 |
#semalu# |
Pada
suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina
Fatimah. Setibanya meerka berdua di
bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah
lalu mengadu kesakitan. Fatimah
mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan
nada sedikit marah. Rasulullah degan
tenang berkata kepada puteri kesayangan nya itu bahawasanya pohon semalu itu
amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon
semalu ini dari 4 aspek.
♥ Pertama, pohon
semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu
mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
♥ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan
dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai
seorang wanita muslim.
♥ Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat
dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
♥ Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon
tumbuhan yang kecil.
No comments:
Post a Comment