Friday 20 July 2012

Di Ambang Ramadhan !



ASSALAMUALAIKUM .

semalam (20/07/2012) khutbah jumaat bertajuk di ambang ramdhan, best plak dgr khatib tue bagi khutbah semalam sampai ingat lagi text text ucapan dia semalam .


Antara sedar atau tidak, rupa-rupanya kita sudah berada di penghujung bulan Sya'ban dan bulan Ramadhan yang sering disebut dan ditunggu-tunggu ketibaannnya yang datang sekali lagi menemui kita. Ahlan Wa Sahlan Marhaban Bika Ya Ramadhan! Ada dikalangan kita yg berdoa kepada Allah sejak kedatangan bulan Rajab lagi dengan doa yang penuh makna dan harapan:

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rajab dan Sya'ban dan sampaikanlah hidup kami menempuh bulan Ramadhan".

Sehubungan dengan ini, terdapat suatu riwayat yang menyebutkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah masih hidup, Baginda pernah menyampaikan kuliah selepas maghrib pada akhir bulan Syaaban sebagai mengingatkan kepada muslimin dan muslimat yang bersama baginda ketika itu mengenai kedatangan bulan Ramadhan yang mulia. Kuliah yang sangat bermakna itu dirakam oleh Ibn Huzaimah dalam Sohih Ibn Huzaimah. Intisari daripada kandungan kuliah tersebut ialah:

Rasulullah s.a.w. mengingatkan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia itu, dimana ia mempunyai kelebihan yg tiada tolok bandingnya jika dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain sepanjang tahun. Antara kelebihannya ialah:

Pertama : Allah mengurniakan salah satu malam dalam bulan itu sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan;

Kedua : Ramadhan adalah bulan menguji kesabaran; puasa pada siang hari menjadi fardhu dan qiam pada malamnya pula sebagai nafilah atau sunat;

Ketiga : Sesiapa yang melakukan perkara kebaikan pada bulan itu ia akan mendapat pahala tujuh puluh kali ganda amalan fardhu yang dibuat pada bulan-bulan lain;

Keempat : Ramadan bulan kebajikan, sesiapa yang memberi makanan untuk orang yang berbuka puasa ia akan mendapat ganjaran pahala sama seperti pahala orang yang berpuasa itu, walaupun sekadar bersedekah seteguk air atau sehirup susu;

Kelima : Dipermulaan bulan Ramadhan adalah rahmah atau belas kasihan daripada Allah, dipertengahannya pula keampunan dan maghfirah, bahkan dipenghujungnya bebas dari api neraka.

Justeru, di ambang Ramadhan yang mulia ini, marilah kita mengambil iktibar dan memuhasabah diri daripada kuliah Baginda Rasulullah s.a.w sepertimana berikut:

Pertama : Ramadhan adalah bulan yang Allah berikan peluang kepada umat Islam untuk meraih sebanyak mungkin lambakkan jongkong-jongkong pahala yang dijanjikan kepada orang yang berpuasa. Amalannya tidaklah sangat berat, tetapi ganjarannya berlipat ganda dan sangat lumayan. Oleh itu beberapa soalan yang mesti kita lontarkan ke dalam benak fikiran kita ialah:Tidakkah dengan tawaran-tawaran yg dijelaskan oleh Rasulullah itu sudah cukup membuatkan kita teruja untuk berjumpa dan bersama Ramadhan sekali lagi?, Adakah kali ini kita dapat mendakap Ramadhan seeratnya hingga ke saat Ramadhan beredar meninggalkan kita?. Atau apakah kita memilih sikap dingin dan tidak kisah sehingga kita menjadi orang yang sangat malang kerana apabila Ramadhan berlalu tidak seberapa pun yg kita perolehi? Mungkinkah kita tergolong di kalangan yang telah disindir oleh Rasulullah dalam hadisnya yang bermaksud:

"Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa dari puasanya melainkan hanya lapar dan dahaga sahaja".

Kedua : Ramadhan adalah bulan menguji dan menyuntik erti kesabaran; sabar dalam melaksanakan apa-apa perintah, akur dan patuh meninggalkan larangan Allah walaupun terpaksa berperang dengan nafsu syahwat dan runtunan syaitan yang terdiri dari makhluk jin dan manusia.

Justeru, orang yang sedang berjuang menjalani ibadah puasa adalah dimuliakan Allah setiap masa, mereka umpama seorang mujahid yang sedang berada di medan perang untuk meneruskan perjuangan demi perjuangan. Kemuncak penghargaan Allah tersebut dapat difahami dari hadis Nabi yang diriwayatkan oleh dimana Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tidur orang yg berpuasa diberi pahala sebagai ibadah, diamnya sebagai sedang bertasbih, balasan pahalanya berlipat ganda, doanya diperkenan dan dosanya pula diampun". (Riwayat al-Baihaqi)

Ketiga : Kemuliaan Ramadhan yangg dikurniakan Allah kepada setiap hamba-Nya yang beriman sememangnya mempunyai kaitan rapat dengan penurunan al-Quran.

jom bersama sama mengejar ibadah Allah ! ! !

banyak kan diam dan berzikir kepada Allah
jom sama sama set dalam hati nak bangun malam !
dan berusaha mencari satu malam yang penuh makna nie !

SELAMAT BERPUASA ! ! ! ! !

Monday 16 July 2012

jawapan yang biasa dengar bila berkaitan tudung :)




1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda:
Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)

COPY PASTE JE POOOON ! ! *CUBA UNTUK JADI BAIK*

Wednesday 11 July 2012

wahai wanita jadilah seperti Pohon Semalu : )

#semalu#

Pada suatu hari, Rasulullah berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah.  Setibanya meerka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.  Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada sedikit marah.  Rasulullah degan tenang berkata kepada puteri kesayangan nya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek. 


♥ Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini bolehdiibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).


♥ Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.


 Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin. 


♥ Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. 



Wednesday 4 July 2012

hah ! kita dalam golongan mana ? try tgk sat !




HIDUP DEMI DUNIA SEMATA MATA
Allah berfirman “dan tentu mereka akan mengatakan pula :”hidup hanyalah kehidupan kita di duniaini sahaja, dan kita sekali-sekali tidak akan dibangkitkan” “ (surah al-An’am, 29). golongan ini ialah golongan yg kufur dengan nikmat Allah dan mengingkari hari kebangkitan.
GOLONGAN YANG PERCAYA AKAN AKHIRAT NAMUN..
Namun mereka tak berusaha ke arah mencapai kebahagiaan ” di sana”. mereka selamba bersuka ria dan berhibur di bumi tanpa berusaha gigih untuk mencapai kebahagiaan di akhirat.
GOLONGAN YANG MENGANGGAP DUNIA INI LADANG AKHIRAT
Mereka menanam di dunia untuk menuai di dkhirat kelak. Allah berfirman yg bermaksud “dan tiadalah kehidupan di dunia ini, selain daripada main-main dan senda gurau belaka. dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi org yg bertakwa” (surah al-An’am, 32)

pilih lah jalan yang diredhai dan diberkati Allah
supaya semuaNya berjalan dengan lancar
InsyAllah 


Monday 2 July 2012

senjata wanita !


Senjata perempuan yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada islam dan umatnya

1)Air mata
2)Merajuk dan suka bermanja -manja
3)Berhias diri dan bergaya
4)Berpura -pura sakit
5)Senyuman
6)Penipuan
7)Kata-kata yang manis
8)Mempertakuti bahawa ia akan lari.(menakut-nakutkan)

#copy#



Thursday 28 June 2012

Rahsia Dalam Solat !




Niat Sembahyang :  memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat

berdiri betul/tegak:  fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat di dalam kubur

takbiratul ihram:  fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur

Al-Fatihah:  sebagai pakaian indah didalam kubur

Rukuk:  sebagai tikar di dalam kubur

I'tidal:  akan memberi minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur

sujud:  memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim

Duduk antara 2 sujud (awal):  menaung panji-panji nabi didalam kubur

duduk antara dua sujud (akhir):  menjadi kenderaan di padang masyar

Tahiyat Akhir:  sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukan mungkar dan nakir

selawat ke atas Nabi:  sebagai pendinding api neraka di dalam kubur

-SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT FADHU DAN SOLAT JUMAAT : )-

Thursday 21 June 2012

jyeaaah ! ramadhan datang lagi !



1. Iman 
  •  Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
  • Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
  •  Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
  • Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya)
  •  Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
  • Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

2. Ilmu

  •  Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
  • Membaca buku-buku penyucian jiwa.
  •  Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
  • Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

3. Dakwah

  • Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
  • Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
  • Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
  • Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
  • Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

4. keazaman

  •  Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
  •  Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
  • Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
  • Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
  • Sentiasa berlapang dada.
  • Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

5.  Jihad

  • Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
  •  Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
  •  Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
  •  Menahan syahwat dari perkara yang haram.
  •  Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.
















2