best keje kat Lembaga Zakat nie , at least banyk juga benda yang aku belajar .
hari nie borak ngan abang nasuha , dia citer sekarang ni orang melayu anggap ilmu islam nie hanya untuk ustaz n ustazah je . borak borak dia citer lah pasal dosa tinggalkan solat . tue yang aku tertarik nak tulis dalam blog hari nie : )
SOLAT SUBUH – Solat subuh 2
rakaat. Meninggalkan Solat Subuh dengan sengaja tanpa keuzuran, Allah akan
mencampakkannya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun akhirat. 1 tahun
akhirat bersamaan dengan 60,000 tahun dunia..nauzubillah.
SOLAT ZUHUR – Solat Zuhur 4
rakaat. Meninggalkannya samalah seperti kita membunuh 1000 orang muslim.
Janganlah kita sentiasa memperkatakan tentang kekejaman orang membunuh sesama
insan pada hari ini kerana sekiranya kita meninggalkan solat zuhur,
kita tidak ubah seperti mereka juga…nauzubillah.
SOLAT ASAR – Solat Asar 4
rakaat juga. Sekiranya kita meninggalkan Solat Asar seumpama kita meruntuhkan
Kaabah. Kaabah itu ialah kiblat orang islam. Sanggupkah kita meruntuhkannya?
fikir-fikirkanlah…
SOLAT MAGHRIB - Solat Maghrib
3 rakaat. Dosa meninggalkannya ialah seperti kita berzina dengan ibu bapa
kita sendiri..nauzubillah…
SOLAT ISYAK - Allah
SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku
tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku,
segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
Masya’Allah…banyaknya nikmat Allah yang telah kita kecapi selama ini dan adakah
dengan mengecapi nikmat itu, semuanya akan mendatangkan dosa lantaran
dari kita meninggalkan solat isyak?…
* Ya Allah..lindungilah kami dari semua
bencana ini…dan jadikanlah kami dan anak2 kami orang2 yang taat mengerjakan
solat dan segala perintahMu…Amin…
![]() |
No comments:
Post a Comment