Thursday, 28 June 2012
Rahsia Dalam Solat !
Niat Sembahyang : memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat
berdiri betul/tegak: fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat di dalam kubur
takbiratul ihram: fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita didalam kubur
Al-Fatihah: sebagai pakaian indah didalam kubur
Rukuk: sebagai tikar di dalam kubur
I'tidal: akan memberi minuman dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur
sujud: memagar kita ketika menyeberangi titian siratulmustaqim
Duduk antara 2 sujud (awal): menaung panji-panji nabi didalam kubur
duduk antara dua sujud (akhir): menjadi kenderaan di padang masyar
Tahiyat Akhir: sebagai penjawab bagi setiap soalan yang dikemukan mungkar dan nakir
selawat ke atas Nabi: sebagai pendinding api neraka di dalam kubur
-SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT FADHU DAN SOLAT JUMAAT : )-
Thursday, 21 June 2012
jyeaaah ! ramadhan datang lagi !
1. Iman
- Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).
- Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.
- Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).
- Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya)
- Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).
- Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).
- Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.
- Membaca buku-buku penyucian jiwa.
- Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.
- Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.
- Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.
- Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.
- Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.
- Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.
- Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.
- Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.
- Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.
- Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.
- Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.
- Sentiasa berlapang dada.
- Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.
- Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.
- Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).
- Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.
- Menahan syahwat dari perkara yang haram.
- Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.
2
Tuesday, 19 June 2012
-setiap yang hidup pasti akan mati-
![]() |
-mati itu pasti- -itu janji Allah- |
Nasihat kubur:
·
Aku
adalah tempat paling gelap maka terangilah aku dengan tahajud.
·
Aku
adalah tempat yg paling sempit maka luaskanlah aku dengan bersilaturahmi.
·
Aku
adalah tempat yg paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca Al-Quran.
·
Aku
adalah tempatnya binatang2 yg menjijikan maka racunilah ia dengan Amal Sedekah.
·
Aku
adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawabanmu.
![]() |
-saling ingat memperingati- |
dimanakah hati yang hilang ? -.-
![]() |
Pesan imam Al-Ghazali :
Carilah hatimu di tiga tempat:
- - Temui hatimu sewaktu bangun membaca AL-QURAN.
- - Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan SOLAT.
- - Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakkur MENGINGATI MATI.
- - Jika kau tidak temui juga,
berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru karena hakikatnya ketika itu kau
tidak mempunyai hati.
(Imam al-Ghazali)
![]() |
-sama sama mencari dan membersihkan hati yang hilang- |
Monday, 18 June 2012
Fenomena Baru ! Turning point untuk Remaja !
kalau dulu kita asyik dengar gelombagn yang dibawa oleh artis -artis dari negara kita macam tsumawi bagai !
tapi nak habaq mai nih . hari tue (16 ngan 17 hbln har tuh) kat masjid shah alam . satu gelombang dan fenomena baru. nih yang nak habaq nie. pengaruh yang dia bawa tuh sungguh memberi kesan.
banyak juga lah remaja yang aku tgk kat program 'cinta masjid' tuh. sejuk hati aku tgk.
*USTAZ DON DANIYAL SATU FENOMENA*
tapi nak habaq mai nih . hari tue (16 ngan 17 hbln har tuh) kat masjid shah alam . satu gelombang dan fenomena baru. nih yang nak habaq nie. pengaruh yang dia bawa tuh sungguh memberi kesan.

-aku suka gila dgr ceramah ustaz nie. impact yg dia bawa kat remaja sgt berkesan-
-ramai gila time 1 jam bersama usraz don-
-seronok aku tgk-
-kalau nak tgk dakwah dia bnyk kat u-tube-
Wednesday, 13 June 2012
. . . . . itu wajib !
hari nie keje sempoi sikit . keje untuk hari nie pon aku dah habis kan . 100 data aku bersihkan hari nie . cepat siap keje boleh rehat lama .
best keje kat Lembaga Zakat nie , at least banyk juga benda yang aku belajar .
hari nie borak ngan abang nasuha , dia citer sekarang ni orang melayu anggap ilmu islam nie hanya untuk ustaz n ustazah je . borak borak dia citer lah pasal dosa tinggalkan solat . tue yang aku tertarik nak tulis dalam blog hari nie : )
*semoga kita saling ingat memperingati*
best keje kat Lembaga Zakat nie , at least banyk juga benda yang aku belajar .
hari nie borak ngan abang nasuha , dia citer sekarang ni orang melayu anggap ilmu islam nie hanya untuk ustaz n ustazah je . borak borak dia citer lah pasal dosa tinggalkan solat . tue yang aku tertarik nak tulis dalam blog hari nie : )
SOLAT SUBUH – Solat subuh 2
rakaat. Meninggalkan Solat Subuh dengan sengaja tanpa keuzuran, Allah akan
mencampakkannya ke dalam neraka Jahannam selama 60 tahun akhirat. 1 tahun
akhirat bersamaan dengan 60,000 tahun dunia..nauzubillah.
SOLAT ZUHUR – Solat Zuhur 4
rakaat. Meninggalkannya samalah seperti kita membunuh 1000 orang muslim.
Janganlah kita sentiasa memperkatakan tentang kekejaman orang membunuh sesama
insan pada hari ini kerana sekiranya kita meninggalkan solat zuhur,
kita tidak ubah seperti mereka juga…nauzubillah.
SOLAT ASAR – Solat Asar 4
rakaat juga. Sekiranya kita meninggalkan Solat Asar seumpama kita meruntuhkan
Kaabah. Kaabah itu ialah kiblat orang islam. Sanggupkah kita meruntuhkannya?
fikir-fikirkanlah…
SOLAT MAGHRIB - Solat Maghrib
3 rakaat. Dosa meninggalkannya ialah seperti kita berzina dengan ibu bapa
kita sendiri..nauzubillah…
SOLAT ISYAK - Allah
SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku
tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku,
segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
Masya’Allah…banyaknya nikmat Allah yang telah kita kecapi selama ini dan adakah
dengan mengecapi nikmat itu, semuanya akan mendatangkan dosa lantaran
dari kita meninggalkan solat isyak?…
* Ya Allah..lindungilah kami dari semua
bencana ini…dan jadikanlah kami dan anak2 kami orang2 yang taat mengerjakan
solat dan segala perintahMu…Amin…
![]() |
Monday, 11 June 2012
Kalau saya salah, tolong tegur ya. Jangan biarkan saya, saya juga mahu ke syurga ALLAH
![]() |
-layak kah aku- |
Allah S.W.T berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Tuhan mereka akan memimpin mereka dengan sebab iman mereka yang sempurna itu. (Mereka masuk ke taman yang) sungai-sungainya mengalir di bawah tempat kediaman mereka di dalam syurga yang penuh nikmat. (9) Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (10)” (Surah Yunus: Ayat 9-10)
Berikut ini disenaraikan 60 tip-tip yang dipetik daripada hadis Rasulullah S.A.W berkenaan amalan-amalan yang boleh memandu kita kepada syurga idaman :-
Sunday, 10 June 2012
6 Wasiat Saidina Umar Al-Khattab !i!i
![]() |
Suatu hari Umar Bin Khattab r.a. bertutur kepada sebahagian sahabatnya;
"Aku berwasiat kepadamu enam perkara :
1-Jika engkau menemukan cela pada seseorang dan engkau mahu mencacinya, maka cacilah dirimu.
Kerana, celamu lebih banyak darinya.
2-Bila engkau hendak memusuhi seseorang, maka musuhilah dahulu perutmu.
Kerana, tidak ada musuh yang lebih berbahaya terhadapmu selain perut.
3-Bila engkau hendak memuji seseorang, pujilah ALLAH swt!
Kerana, tiada seorang manusia pun lebih banyak dalam memberi kepadamu dan lebih santun lembut kepadamu selain DIA.
4-Jika engkau ingin meninggalkan sesuatu, maka tinggalkanlah kesenangan dunia.
Sebab,andaikata engkau meninggalkannya, bererti engkau terpuji.
5-Bila engkau bersiap-siap untuk sesuatu, maka bersiaplah untuk mati.
Kerana,jika engkau tidak bersiap untuk mati, engkau akan menderita, rugi penuh penyesalan.
6-Bilamana engkau ingin menuntut sesuatu, maka tuntutlah Akhirat.
Kerana, engkau tak akan memperolehnya kecuali denganmencarinya."
Wednesday, 6 June 2012
Mahkota Seorang Muslimah !i!i
Tudung adalah sesuatu yg digunakan untuk menutup aurat wanita iaitu rambut. Rambut adalah perhiasan atau mahkota bagi setiap manusia di alam ini. Terutamanya bagi kaum wanita. Malah ramai sebilangan wanita sekarang ini sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk mendapatkan rambut yang sihat,cantik,dan bersinar. Tetapi dalam keasyikan anda mendandan rambut anda jangan sesekali terlupa bahawa rambut adalah sebahagian daripada aurat bagi kaum wanita Muslim. Seperti yang kita sedia maklum aurat adalah bahagian tubuh yg tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup
![]() |
'' tepuk dada tanya iman'' |
mencuba dan mencuba untuk menjadi lebih baik !i!
![]() |
but, people try to be the best among the best ! |
“Aku kata “astaghfirullah” tapi hati masih gemar akan maksiat.
Aku kata “wa atubu ilaih” tapi jasad masih melakukan dosa sama.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “wa nadimna ya Allah” tapi kesilapan lalu masih kuulangi.
Aku kata “subhanallah” tapi aku tidak mampu menghayatinya.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “alhamdulillah” tapi aku masih tidak bersyukur dengan kurniaanNya.
Aku kata “Allahuakbar” tapi cintaku lebih kepada dunia.
Aku kata “ma fi qalbi ghairullah” tapi masih ada ruang di hatiku untuk insan yang tidak halal.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.
Aku kata “aku tak layak ke syurga, tapi aku tak sanggup ke nerakaMu” namun aku hidup di dunia seakan-akan aku kuat untuk rasa pedih api neraka.
Aku kata aku ingin mendekatiMu,
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Namun amalku tak seiring dengan kata-kataku.
Aku malu dengan sepasang mata kurniaanMu ini,
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.”
Kerana air mata yang mengalir seakan-akan sia-sia.
Aku malu dengan tangan yang sudah lelah mengelap air mata,
Kerana tingkah laku pemiliknya ini tidak menggambarkan aku kesal.
Bahkan aku malu dengan sang burung yang berkicau,
Kerana aku insan yang dinodai dosa..
Sedang sang burung tidak disentuh walau sekelumit dosa.”
![]() |
'never lose hope to Allah' |
Subscribe to:
Posts (Atom)