Friday, 20 April 2012

Ya Allah ! Hampirnya kiamat .



Assalamualaikum sahabat sekalian .
Semalam (11 April 2012) sekali lagi kita dikejutkan dengan gempa bumi 8.9 skala ritcher di negara jiran kita Indonesia, dikesempatan ini , saya ingin bermuhasabah diri saya dan berkongsi dengan pembaca sekalian. 

Renungkanlah J

Sejak kebelakangan ini banyak perkara di atas muka bumi hari ini yang tanpa kita sedari yang dunia ini sampai ke penghujungnya.  Sedar atau tidak ?

Sebagai contoh salah satunya, dalam hadis nabi , salah satu tanda-tanda bila hampirnya kiamat sudah dekat ialah berlaku gerhana dengan kerap dalam satu satu masa.  Kalau dulu susaaaah (sebut panjang) kita nak dapat gerhana, sekarang sekejap-sekejap gerhana, gerhana matahari gerhana bulan.

Lagi ? tanda-tanda hampirnya hari kiamat ialah bila mana berlakunya GEMPA BUMI.  Banyak ! hari ni ada gempa bumi , sebelum ni ada gempa bumi, esok mungkin ada gempa bumi.  Kerap ! kalau dulu jarang sekali baru ada gempa bumi.  Ini tidak ! sekejap negara ini , sekejap-sekejap negara itu .  terlalu banyak ! menunjuk kan hampirnya kiamat.

Persoalannya ? kalaulah atau jika jumaat yang akan datang kiamat, kita dimana ? di syurgakah ? atau sebaliknya (kita tak minta) Cuma persoalan.  Kita muhasabah diri untuk kita sematkan dalam hati kita, andai kata hari ini aku seseorang yang tidak mengamalkan lagi apa yang dituntut oleh Allah atau aku seseorang yang tidak melakukan sesutau yang membolehkan aku masuk ke syurga Allah , esok aku berazam untuk buat.

Tapi ! andai kata esok kita tiada ? esok hari last kita.  Malam ni tidur esok kita tiada .  Macam mana agaknya ?

Sebab itu kita bermuhasabah dalam keadaan sekiranya esok kita ada, kita bawa diri kita dan semangat yang kita ada untuk kita hidupkan hari esok dengan penuh ketakwaan kepada Allah dan sekiranya tidak ! malam nie kita menginsafi apa yang kita dah buat.  Malam ni kita bertaubat kepada Allah.  Malam nie sama-sama (saya dan pembaca-baca sekalian) kita muhasabah diri, beristifar kepada Allah supaya diampunkan dosa terdahulu.


Sebab ? salah satu perkara yang paling kritikal yang berlaku didepan mata kita sekarang nie.  Sebagaimana hadis Nabi Muhammad s.a.w.  nabi kata apa ? Ada dua golongan yang akan menghuni syurga tetapi kedua-dua golongan ini belum lagi aku jumpa.  Yang pertama, seorang penguasa yang memegang cemeti.  Kerjanya memukul orang bawahan dengan cemeti supaya dituruti arahannya.  Turut saja baik buruk arahannya.  Yang kedua ?  nabi kata ‘’ aku tidak jumpa dengan kaum wanita yang berpakaian tetapi seperti berbogel kerana pakaian yang dikenakan.

Tetapi yang menarik hadis nabi nie ,  di hujung hadis ini nabi kata ‘’ wanita wanita itu mereka mengoyangkan kepala mereka mengenakan sangul mereka seperti bonggol unta’’ macam mana nabi tahu perkara yang kita buat hari ini 1432 tahun dahulu.  Nabi sebut sama macam hari nie orang buat.  Tanda-tanda hampirnya kiamat.

Yang menyedihkan , di akhir hadis ini menyebut kedua-dua golongan ini tidak akan masuk kesyurga (ta masuk syurga satu hal) malah tidak dapat menghidu bau syurga (bau syurga tidak dapat dihidu 500 tahun perjalanan) jauh sekali , apatah lagi handak masuk ke syurga kalau cium pon ta boleh.
Seandainya kita tergolongan dalam dua golongan ini, tolong keluar dari golongan ini.  Ini janji Nabi.  Marilah sama-sama muhasabah diri kita agar esok kita jadi orang yang berguna di dunia dan akhirat.
Jangan kita rasa marah, kita rasa benci.  Kerana yang nabi bawa kepada kita semuanya untuk kebaikan di dunia dan akhirat.  Jadikan hari ini sebagai hari dimana kita akan berubah di hari esok kerana mati tak menunggu kita . 

Supaya diampunkan dosa kita J

Ya Allah masuk kan lah kami ke dalam syurgaMu.
Jauhkan kami dari seksa nerakaMu ya Allah.

-Nabi tak pernah ajar kita terlambat-

Tuesday, 10 April 2012

Siapa Nabi Muhammad dimata dan dihati kita ?



kalau bole sebelum baca entry nie , play lah video nie , sambil membaca sambil mendengar :)                                            

Bismillahirahmanirahim J

Di dalam riwayat hadis ada menceritakan.

Ketika itu baginda sedang duduk berkumpul bersama sahabat sahabatnya diantara para sahabat ada Saidina Ali, Abu Bakar, Uthman dan yang lainnya.

Lalu Nabi bertanya, wahai sahabatku, tahukah kalian siapakah hamba Allah yang mulia di sisi Allah ?

Para sahabat terbeliak, lalu kemudian ada seorang sahabat berkata ‘para malaikat ya Rasullulah’

Nabi menjawab ‘ya mereka mulia, mereka dekat dengan Allah dan sentiasa bertasbih, beribadah kepada Allah tentulah mereka mulia.  Tapi bukan itu yg aku maksudkan’

Lalu para sahabat kembali terdiam, tiba-tiba salah seorang sahabat kembali berkata ‘ya Rasullulah tentulah para nabi merekalah yang mulia itu’

Rasullulah tersenyum ‘ya mereka mulia, mereka adalah utusan Allah di muka bumi bagaimana mungkin mereka tidak mulia, mereka mulia tapi ada lagi yang lainnya’

Para sahabat terdiam tertanya siapa lagi orang yang mulia sehingga sahabat betanya ‘ya Rasullulah apakah kami sahabatmu yg mulia itu Rasullulah’

Bayangkan baginda memandang sahabat satu persatu lalu tersenyum, ‘tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku membantu perjuanganku bagaimana kalian tidak mulia tentulah kalian mulia, tetapi ada lagi lain yang mulia’

Para sahabt terdiam tidak mampu berkata apa-apa.
Lalu bayangkan tiba-tiba baginda Nabi Muhammad menundukkan wajahnya, bayangkan baginda menangis di depan sahabatnya.
Para sahabt tertanya kenapa kau menangis Ya Rasullulah ?

Bayangkan baginda mengangkatkan wajahnya, terlihat air mata membasahi pipi dan janggutnya.
Wahai sahabatku ‘tahukah siapa yg mulia itu?  mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh selepas kewafatan aku, mereka begitu mencintai Allah dan tahukah kalian? mereka tidak pernah memandangku, melihat wajahku mereka tidak hidup dekat dengan aku seperti kalian, tetapi mereka begitu rindu kepadaku dan saksikanlah sahabatku, aku pun rindu kepada mereka, mereka yg mulia itulah umatku.

Bayangkan sewaktu itu baginda dan sahabat menangis.
Bayangkan siapa yang dirindui baginda , didoakan setiap waktu .

Tapi sekarang ?
Tanyalah hati masing masing, sudahkah kita mencintai baginda nabi Muhammad ? 
siapakah ikon kita sekarang ?  

Lihatlah di sekeliling kita, sahabat-sahabat kita.   Lihatlah mereka yang telah melupakan Nabi Muhammad, hilang rasa cinta dengan Nabi Muhammad, sedangkan mereka bangga dengan ikon-ikon artis luar negara seperti fenomena sekarang mereka terlalu taksub dengan artis- artis korea.

Sudah berapa lama kita lalai di dunia ini ? kita terlalu seronok dengan perkara-perkara dunia.
Ya ! bila ditanya, kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad , sudahkah kita mencintai Rasullulah , adakah air mata yang jatuh kerana terlalu rindu dengan Rasullulah.  Apakah bukti dan pengorbanan kita sehingga kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad ? Mengucap ? menyebut-nyebut Nama baginda ? saya percaya malah diri saya sendiri pun melakukan benda yang sama, mengucap dan menyebut nama baginda hanya di dalam solat.

Sudah berapa lama kita lalai ? sudah berapa lama kita leka dengan hidup di dunia ? sudah berapa lama kita lupa pada Nabi Muhammad ?

Marilah kita bersama sama berazam dan menghadirkan rasa cinta kita pada Nabi Muhammad, supaya nanti dipadang Mahsyar kelak kita dapat berkumpul bersama baginda Nabi Muhammad dan mendapat syafaatnya.

Saya manusia biasa seperti anda semua.  Saling ingat memperingati.  Supaya kita menjadi lebih baik dikemudian hari.  Yang baik itu pasti datang dari Allah J


Assalamualaikum J

Tuesday, 3 April 2012

Love Our Prophet !

nie first entry aku , aku rasa tertarik nak tulis berkenaan syafaat Nabi kita Nabi Muhammad.  Aku mula sedar yang bertapa beruntung nya aku sebagai umat Nabi Muhammad.  Tajuk ceramah tu ' Ya Muhammad Syafaatkanlah kami'


Kalau ta silap penceramah tue dari UIA (ta sure lah) starting dia agak boring lah, tapi gigih juga nak dengar.

Disaat manusia dibangunkan dari kubur, mereka terus jumpa Nabi Adam ' Ya Bapa kepada segala manusia syafaatkan lah kami.  Jawab Nabi Adam ' Aku tidak mampu sebab aku pun melakukan dosa, pergilah engkau berjumpa dengan Nabi Nuh, dia seorang rasul ulul azmi'

Lalu bertemu mereka dengan Nabi Nuh, jawapan yang sama seperti yang diberikan oleh Nabi Adam, lalu Nabi Nuh menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Ibrahim

'Ya Ibrahim, engkau seorang khalillulah (kekasih Allah) berikan kan lah syafaat kepada kami.'
jawab Ibrahim ' aku tidak mampu memberi syafaat pergilah kamu mencari musa'

bertemu mereka dengan Nabi Musa , tetapi hampa kerana jawapan yang sama diberi.  Nabi Musa mengarahkan mereka supaya bertemu Nabi Isa kerana beliau seorang yang diampunkan Allah dosanya yang lalu.

Seperti mana yang terjadi sebelum ini, Nabi Isa mengarahkan mereka bertemu Nabi Muhammad S.A.W.
Lalu Nabi bersujud dihadapan Allah dan memujiNya.  'Ya Muhammad angkatlah kepalamu dan minta apa saje'.  Jawab Muhammad 'umatku, umatku, umatku'

Maka Allah berfirman 'wahai Muhammad, pergilah dan keluarkanlah umatmu dari neraka jika dihatinya sebesar biji gandum keimanan'

Bukan sekali je Nabi Muhammad berjumpa Allah, sebanyak 4 kali.
Kali kedua Allah mengarahkan Nabi Muhammad membawa keluar umat nya yang mempunyai iman sebesar biji sawi.  Selepas itu , sekali lagi dan kali ini Allah menyuruh sekiranya ada yang beriman kepadaNya lebih kecil dari biji sawi boleh dibawa ke syurga.

dan buat kali terakhir Nabi meminta izin kepada Allah supaya dapat mengeluarkan umatnya yang pernah mengucap La Ilaha Ilallah. (subhanAllah bertapa sayangnya Nabi kepada kita)


bertapa besar nya pegorbanan Nabi Muhammad , mampukan kita dapat syafaat nya di akhirat kelak ? adakah iman dalam kehidupan seharian kita ? Terlambat kah kita ? Masih belom terlambat untuk berubah, Nabi tak pernah ajar kita terlambat :)


p/s: kepada sesiapa yang membaca kalau ada salah silap harap ditegur . . (Assalamualaikum)














Monday, 2 April 2012

Start My Blog :)


Assalamualaikum , masih baru di sini :) 


Hope have more time to spend with this blog :)


Enjoy it . .